Konflik antara pelawak Shuib, Mamat dan Jep, menjadi antara sorotan warganet di media sosial terutama selepas timbulnya isu pendedahan dalam sebuah podcast.
3 perkara
@pakmatwesterncafee Dahsyat jawapan dorang #fyp #foryou #foryoupage
? original sound – Pakmatwesterncafee – Pakmatwesterncafee
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mamat dan Shuib berkongsi tiga perkara untuk menjaga persahabatan.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berpendapat perasaan sayang terhadap kawan adalah elemen paling penting di dalam perhubungan.
Yang pertama sayang kawan, yang kedua sayang kawan dan yang ketiga pun sayang kawan.
Ia akan jadi tiga lapis, tebal..sampai bila-bila. Hilang satu sayang, sayang kedua dan ketiga ada sampai kiamat.
Jadi, sayangilah kawan anda. Kerana kawan anda ini boleh memimpin anda ke syurga. Insya-Allah.
Manakala menurut Shuib pula, keikhlasan, kejujuran serta rasa sayang dapat mengukuhkan persahabatan.
Pertama kena ikhlas berkawan, kena jujur bila berkawan dan sayang kawan.
Imbas kembali, kemelut antara ahli kumpulan Sepahtu ini mula timbul selepas Jep Sepahtu memuat naik hantaran di IG meluahkan rasa kecewa berikutan namanya telah digunakan sebagai konten di dalam sebuah podcast.
Jep turut kesal dengan tindakan beberapa orang rakan selebriti yang didakwa sengaja meraih perhatian dengan menceritakan tentang perihal dirinya.