Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shuib Perjelas Keadaan Tangan Ayash Affan Tidak Normal – ‘Dia Dilahirkan...

    [VIDEO] Shuib Perjelas Keadaan Tangan Ayash Affan Tidak Normal – ‘Dia Dilahirkan Tak Cukup Bulan, Dianggap Bayi Ajaib’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ShuibShuib

    Pelawak dan usahawan, Shuib tampil menjelaskan mengenai keadaan tangan anak bongsunya, Ayash Affan yang dilihat tidak normal.

    Lahir tak cukup bulan

    ShuibShuib

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shuib, 40, berkata, tangan anaknya kurang berfungsi disebabkan Ayash dilahirkan tidak cukup bulan oleh arwah isteri, penyanyi Siti Sarah.

    Jelasnya, Ayash juga tidak dapat bernafas dengan baik sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafas dan perkara itu telah mengganggu proses perkembangan otak serta fizikalnya.

    Ramai yang bertanya fasal tangan kanan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.

    Doktor yang sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru barulah bernafas.

    Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa fungsi.

    Perkembangan positif

    ShuibShuib

    Bagaimanapun, Shuib bersyukur Ayash kini menunjukkan perkembangan yang baik dan tangannya dilihat semakin banyak berfungsi.

    Tapi sekarang Alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu tangan dia genggam sekarang sudah mula buka sedikit.

    Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.

    Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat tidak menyusahkan.

    Untuk info, Allahyarham Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat jangkitan virus Covid-19.

    Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos 2021.

    Imbas kembali, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

    Selain Ayash, mereka memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, dan Ariq Matin.

    ALSO READ:  Laungkan Merdeka & Dapatkan Ayam Percuma Dari KyoChon 1991!

    Selepas itu, Shuib berkahwin dengan usahawan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pada 23 Jun 2023.

    Video

    @ayashaffans2 Daddy explain kenapa dengan tangan kanan Ayash #shuibsepahtu #ayashaffan #anakbijakpandai ? Buah Hati – Armada

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts