Pelawak Shuib dan pempengaruh CEO Helmie dilihat masih lagi bercakaran dengan membalas kenyataan masing-masing di media sosial.
Shuib ada info
@sayasukamilktea Dia cari pasal dgn suib pula keee gais? Tolong info info #ceohelmi #shuibsepahtu #ceritaselebriti #artisviral
? original sound – sayasukamilktea – sayasukamilktea
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberitahu bahawa dia mengetahui beberapa info peribadi mengenai CEO Helmie.
CEO Helmi ini, saya sudah ada alamat dan nombor telefonnya.
Ada orang cakap dia ni suka berpindah randah, dah macam gelandangan. Kata CEO.
Tahu alamat CEO Helmie
Dalam masa yang sama, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu berkata, dia juga mempunyai maklumat tentang kediaman terkini pempengaruh tersebut.
Tapi saya tahu tempat terkini dia duduk dekat mana.
Jadi saya harap CEO Helmie mungkin boleh tidur dengan nyenyak. InsyaAllah, jangan risau.
Terdahulu, Shuib meluahkan rasa berang apabila CEO Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera. Shuib juga menafikan dirinya menjadi mangsa keadaan atau ‘kambing hitam’.
Bagaimanapun, pempengaruh berkenaan dilihat masih lagi aktif memuat naik video tentang Shuib meskipun pelawak tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang telah merosakkan reputasinya.