Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shuib ‘Throwback’ Momen Di Makkah Bersama Arwah Siti Sarah, Netizen Luah...

    [VIDEO] Shuib ‘Throwback’ Momen Di Makkah Bersama Arwah Siti Sarah, Netizen Luah Rasa Rindu – ‘Pemergian Yang Dicemburui’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ShuibShuib

    Tindakan pelawak dan usahawan, Shuib memuat naik sepotong video memperlihatkan dirinya bersama isteri, Allahyarham penyanyi Siti Sarah telah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

    Momen di Makkah

    ShuibShuib

    Menerusi hantaran di TikTok, Shuib mengimbas kembali momen ketika dia dan arwah bersama-sama menjejakkkan kaki di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

    Antara momen yang dikongsikan memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

    Pada ruangan kapsyen, bapa kepada empat cahaya mata ini mengucapkan salam Aidiladha buat arwah isteri tercinta.

    Salam Aidil Adha, Siti Sarah Binti Raisudin. Al- fatihah.

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa rindu terhadap pelantun lagu Kesetiaan itu.

    Dalam pada itu, warganet turut menitipkan doa dan membacakan surah al-Fatihah kepada Siti Sarah.

    Imbas kembali, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan.

    Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

    Shuib kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.

    Video

    @shuibsepahtu Salam Aidil Adha ?? Siti Sarah Bt Raissuddin #Alfatihah #Cinta ? original sound – Shuib Sepahtu

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts