Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Shuib Undur Diri Dari Suria FM-“Pengalaman Yang Luar Biasa”

    [VIDEO] Shuib Undur Diri Dari Suria FM-“Pengalaman Yang Luar Biasa”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas hampir 1 tahun 3 bulan, penyampai radio, Shuib mengundur diri dari keluarga Suria FM.

    Melalui video yang dimuatnaik di Instagram Suria FM, Pelakon dan pelawak yang bersalaman dengan Pengurus Besar Suria FM, Abd Majid (DJ Lin) menitipkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang terjalin selama hampir dua tahun sebagai satu pengalaman yang luar biasa.

    “1 tahun 3 bulan . Terima kasih untuk satu pengalaman yang luar biasa.”-kata Shuib

    “Bekerjasama Dengan Seorang Figura Yang Sangat Hebat…”

    Dalam pada itu, DJ Lin menyifatkan Shuib sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM serta menitipkan harapan dapat kembali menjalinkan kerjasama strategik di masa akan datang.

    “Kami mewakili Suria FM nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Shuib. 1 tahun 3 bulan yang sangat bermakna untuk kami. Bekerjasama dengan seorang figura yang sangat hebat, merendah diri.

    Sebenarnya ini bukan yang terakhir bersama Suria FM, kerana kerjasama strategik bersama Suria FM dan Shuib, kita harap dapat diteruskan.

    Shuib dah jadi sebahagian daripada keluarga Suria FM, susah kita nak lepaskan. Kami doakan semoga Shuib terus sukses, bahagia di samping keluarga, kerjaya Bubble Bee. Ramai yang mendoakan Shuib sebab Shuib seorang yang sangat baik.”-kata DJ Lin

    Sekadar info, Shuib diumumkan sebagai penyampai radio Suria FM pada 27 Ogos tahun 2022. Terkini, perkhidmatannya bersama Suria FM telah berakhir dan berkuat kuasa pada 4 Disember 2023 hari ini kerana mahu memberikan fokus kepada perniagaan miliknya.


    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts