Pelakon dan pelawak, Shuk Sahar menyifatkan rakan seindustrinya, Shuib sebagai seorang yang pemurah.
Jadikan amalan
Menerusi podcast Ok Lets Go SG yang dimuat naik di TikTok, Shuk berkata dia menjadikan Shuib sebagai insan yang patut dicontohi kerana pelawak dan usahawan itu selalu bersedekah.
Difahamkan semasa mereka bertugas sebagai penyampai radio dahulu, Shuib akan bersedekah setiap hari.
Ada satu benda tentang dia yang aku jadikan contoh.
Setiap pagi dia datang, masa itu kami bekerja..dia akan suruh pembantu peribadi dia pergi beli makanan.
Setiap pagi pembantu dia tak pernah berhenti beli makanan dan bagi kepada pengawal yang ada dekat TV3. Itu amalan dia.
Menurut Shuk, Shuib juga sering menasihatinya tentang kebaikan bersedekah.
Shuib pernah cakap pada aku, bila kita bersedekah kita tak akan jadi miskin sebab sedekah. Banyak benda-benda baik dia ajar.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad kemudian berkata, sedekah adalah amalan yang dia tak pernah ditinggalkannya walau sehari.
Saya memang praktikkan benda itu dan kadang-kadang kalau tak buat rasa macam pelik.
Sementara itu, Shuk sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa Shuib pernah memberinya RM10,000. Namun Shuib menafikan hal tersebut dan berkata ianya adalah wang pinjaman.
Untuk info, Shuib, Shuk dan Fizie pernah bergandingan mengendalikan slot Geng Pagi Hot di Hot FM. Kontrak Shuib tamat pada 31 Januari 2021, manakala kontrak Shuk ditamatkan pada 17 Februari 2021.
@okletsgo.sg @Shuib Sepahtu sedekah sampai RM10,000 kepada yang memerlukan ? PODCAST PENUH DI SPOTIFY ?? OKLETSGO ???? #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia?? #shuksahar #gempakviral #shuibsepahtu
? original sound â OKLETSGO â OKLETSGO