Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kiralah sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.
Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonannya yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.
“Hargai Orang Sekeliling Dengan Ikhlas”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ferrykarisma yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontona sebanyak 208 ribu dan tanda suka sebanyak 7,600.
Di dalam video berkenaan, memaparkan hari terakhir Shukri Yahaya berada di set penggambaran sebuah drama dan dia memberi hadiah kepada make up artis yang telah menjaganya selama 2 bulan setengah yang merupakan sebuah beg alat solek.
“Thank you ma sebab jaga aku sepanjang 2 bulan setengah ni”-kata Shukri Yahaya
@ferrykarisma masa ni last day shooting LayangLayang Perkawinan.Alhamdulillah tq so much syuk di murahkan rezeki selalu🫰😉😊#tiktokmalaysia #makeupartismalaysia #tiktok2024 #tiktokviral #artismalaysia #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #ferrykarisma #makeupbyferrykarisma #fypシ゚viral #fypage #layanglayangperkahwinan
♬ The Way I Still Love You – Reynard Silva
Itu adalah cara bagaimana Shukri Yahaya menghargai orang-orang yang berada di sekelilingnya dan terpampang senyuman di wajah makeup artis tersebut apabila peroleh hadiah dari Shukri Yahaya.
Apa-apa pun, semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?