Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Siapa Saya Nak Halang Suami Untuk Tak Pegang Pelakon Wanita..Dia Pun...

    [VIDEO] ‘Siapa Saya Nak Halang Suami Untuk Tak Pegang Pelakon Wanita..Dia Pun Tahu Hukum Agama’ – Bella Hanna

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Bella Hanna tampil menjelaskan berhubung kenyataannya sebelum ini yang memaklumkan dirinya tidak kisah sekiranya suami, Redza Rosli melakonkan babak berpegangan tangan dengan wanita lain.

    ‘Saya percaya suami saya pun tahu hukum agama’

    Ketika ditemui , Bella atau nama lengkapnya Farhana Nabila Rosman, 28, mengakui bahawa kenyataannya itu mungkin telah disalah anggap oleh orang ramai.

    Menurut Bella, dia bukanlah mengiyakan perkara yang haram di sisi agama tetapi dia bercakap atas dasar memahami tugas sebagai seorang pelakon.

    Bagi saya mungkin mereka salah faham dengan konteks yang saya sampaikan. Saya cuma memahami kerja suami saya, dan sudah pasti lah dari segi agama kami faham.

    Saya percaya suami saya pun tahu hukum agama. Bukanlah kata saya tak kisah dia boleh sesuka hati pegang tangan pelakon wanita lain, tapi mestilah kena berlapik dan sebagainya.

    Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis bersama barisan pelakon Luruhnya Bunga Cinta 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    ‘Siapa saya nak menghalang suami saya’

    Tambah Bella lagi, dia juga tidak mahu menjadi penghalang dalam karier suaminya itu sebaliknya ingin menjadi seorang isteri yang memahami kerja suami.

    Ujar Bella, Redza juga sudah lama menapak dalam dunia lakonan, jadi dia percaya suaminya itu faham dan mengetahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak.

    Saya tak nak menjadi penghalang dan dia juga tak pernah cakap saya penghalang. Saya cuma jadi insan yang faham dengan kerja suami saya.

    Dia pun bukan baru berlakon, dia dalam lama jadi pelakon. Siapa saya nak menghalang suami saya untuk tidak berpegang dengan pelakon wanita lain.

    Dalam pada itu, Bella juga menyifatkan suaminya itu seorang pelakon yang menjaga batas dengan barisan aktres wanita yang lain

    Redza menjaga batas dan masa kami buat penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta 2 ini pun dia sangat menjaga batas. Setakat ini, yang saya berlakon di set semua menjaga batas. Tidak ada yang melebih atau nak pegang.

    ALSO READ:  [VIDEO] "Syukur, Pada Usia 40 Tahun Berjaya Membeli Rumah Sendiri" – Sabhi Saddi

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts