Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Siti Jamumall Pilih Nikah Di Thailand Sebab Proses Dokumentasi Malaysia Lama...

    [VIDEO] Siti Jamumall Pilih Nikah Di Thailand Sebab Proses Dokumentasi Malaysia Lama – ‘Saya Rugi Hampir RM70k’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall mendedahkan dirinya menanggung kerugian sebanyak RM70,000 selepas membuat keputusan membatalkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei lalu.

    Rugi hampir RM70,000

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Suriani Wahiddin ini berkata, dirinya mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya bersama seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya dua hari sebelum majlis mereka.

    Perkara itu benar dan ya, memang saya kahwin dekat Thailand.

    Saya membatalkan perkahwinan saya dengan lelaki lain pada 31 Mei.

    Betul lah orang kata esok kalau nak kahwin tapi kalau bukan jodoh, dia bukanlah jodoh kita. Dan itulah yang berlaku kepada saya dua hari sebelum majlis kahwin.

    Menurut Siti, RM70,000 yang dihabiskan untuk lelaki yang baru dikenali selama dua minggu itu merupakan sepenuh wang miliknya.

    Saya rugi hampir RM70,000 untuk persiapan kahwin. Saya dah bayar semua, buat tempahan makanan, tempat menginap dan waktu itu memang tinggal lagi dua hari saja nak bernikah.

    Tapi itulah orang kata bukan jodoh dengan lelaki itu dan jodoh saya sangat kuat dengan suami saya iaitu Aiman.

    Siapalah kita nak melawan takdir dan apa yang telah Allah takdirkan.

    Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada satu sesi sidang media tergempar yang diadakan di Shah Alam pada Rabu.

    Sementara itu, Siti, 25, memberikan penjelasan mengapa dirinya memilih untuk bernikah di Thailand bersama suaminya yang juga merupakan pempengaruh iaitu Aiman Tak Kesah, 21.

    Kata Siti, proses dokumentasi perkahwinan di negara lazimnya mengambil masa yang lama.

    Selepas itu saya dan suami terus buat keputusan untuk terbang ke Thailand dan berkahwin di sana.

    Sebenarnya saya perlu terbang ke Dubai dan kita pun tahu bahawa proses untuk berkahwin di Malaysia ambil masa yang agak lama untuk uruskan urusan dokumentasi dan sebagainya.

    Waktu itu memang saya buat keputusan untuk cepatkan urusan kahwin. Dan yang kedua sebab dibolehkan saja untuk kahwin di luar negara jadi ‘why not’ kan untuk saya cuba?

    Walau bagaimanapun, Siti sama sekali tidak menggalakkan orang ramai di luar sana untuk mendirikan rumah tangga mereka di Thailand sebaliknya berusaha untuk melakukan proses kahwin di dalam negara.

    Ibu saya juga tahu mengenai perkara ini sebab memang saya maklumkan pada dia. Sejujurnya dia terkejut sebab saya nak batalkan perkahwinan tapi dia tak cakap apa-apa sebab dia faham.

    Tapi saya tak galakkan ya rakyat Malaysia untuk berkahwin di luar negara sebaliknya uruskanlah di Malaysia.

    Dalam masa sama, ibu kepada dua orang anak itu sudah menghantar borang pendaftaran pernikahan di sini dan bersedia untuk membayar denda.

    ALSO READ:  Kempen Undi Menjadi! KJ Rangkul Trofi Penyampai Radio Popular ABPBH 36

    Terdahulu, Siti dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

    Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.

    Siti kemudiannya berkongsi satu hantaran video memaklumkan dirinya sudah pun bernikah di Thailand bersama Aiman pada 1 Jun menerusi TikTok.

    Video

    @official Kalau dah tiada jodoh, tak kan nak paksa kan? # #sembangentertainment #sitijamumall #pilih #nikah #thailand #proses #malaysia #lama ? original sound – OHBULAN!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts