Baru sahaja mendirikan rumah tangga, hubungan romantis yang dipamerkan usahawan, Siti Jamumall dan suami, Aiman di media sosial mendapat perhatian ramai.
Aiman pandai bancuh susu anak
Baru-baru ini, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, 25, berkongsi video di TikTok memaparkan Aiman sedang melakukan kerja rumah termasuk memasak dan mengemas. Malah Aiman juga dilihat tidak kekok menjaga anak-anak di rumah sementara Siti sedang di luar untuk urusan kerja.
Menerusi panggilan video tersebut, Siti turut memuji perubahan sikap suaminya yang dahulunya ‘manja’ namun selepas berkahwin, dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik.
Terima kasih jagakan anak. Dulu Aiman ni anak bongsu, manja tapi sekarang ni auto jadi bapa. Beli 1 percuma 2, kahwin lagi dengan janda.
Tapi saya bangga lah, dia boleh buat susu untuk anak. Siapa kata umur 21 tak boleh jadi matang. Usia itu hanyalah angka ya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya akui suka melihat kemesraan yang terjalin antara Siti dan Aiman. Mereka turut memuji sikap Aiman yang matang meskipun berkahwin pada usia yang muda.
Patutlah Siti cepat kahwin, suami penyanyang. Alhamdulillah.
21 sama umur dengan saya. Tapi Aiman nampak matang sangat, asal aku nampak macam budak-budak walaupun dan kahwin.
Bertuahnya dapay suami yang sayang anak-anak.
Bagus Aiman ni, jaga Siti dan anak-anak elok-elok tau.
Untuk info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.
Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai dua tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.
Video
@sitijamumall @AIMAN TAK KESAH ? original sound – sitijamumall