Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Siti Nurhaliza Hadiri Perlawanan Muay Thai, Cetus Perhatian Ramai-“Jaga-Jaga, Tokti Pun...

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Hadiri Perlawanan Muay Thai, Cetus Perhatian Ramai-“Jaga-Jaga, Tokti Pun Pandailah!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Tokti Kat Situ Sebagai Ahli kehormat Kuda Merah Dan Taja Belt Juara Muay Thai”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @firdaus_acong_cobr4 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 109 ribu, tanda suka sebanyak 3,855 dan sebanyak 67 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang memberi hadiah Belt kepada juara Muay Thai wanita. Dikatakan bahawa Tokti berada di sana kerana beliau sendiri meminati Muay Thai serta menaja beberapa Belt juara untuk perlawanan tersebut.

    @firdaus_acong_cobr4

    Grand Final Lebih Menarik lebih hebat di #fyp #sitinurhaliza #ctdk #CapCut

    ♬ bunyi asal – @LLiFF – @LLiFF

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga tidak menyangka bahawa Tokti amat meminati Muay Thai. Tambah mereka lagi, pasti akan ramai yang menghadiri pertandingan perlawanan Muay Thai selepas mengetahui kehadiran Tokti di sana.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts