Perkongsian terkini penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika bercuti bersama keluarga di Khasab, Oman, baru-baru ini mencuri perhatian netizen di media sosial.
Siti menerusi video yang dimuatnaik di TikTok menitipkan rasa syukur dapat membawa sekeluarga untuk bercuti di Khasab selepas Dubai selain memaparkan gelagat Afwa yang tidak takut untuk terjun dan berenang di laut Musandam Peninsular.
“Alhamdulillah dapat bawa keluarga menaiki Genting Cruise daripada Dubai -Khasab- Muscat.
Di Khasab, kami dibawa menaiki bot untuk melihat ikan lumba-lumba, berenang dan melihat perkampungan kecil di sekitar laut Musandam Peninsular. Afwa memang tak takut ya, nak terjun je mandi laut. Anak ayah laa katakan.”-kongsi Siti di TikTok
@toktitiktok Alhamdulillah, dapat bawa keluarga menaiki Genting Cruise daripada Dubai~ Khasab ~ Muscat . Di khasab kami dibawa menaiki bot untuk melihat dolphin , berenang & melihat perkampungan kecil di sekitar laut Musandam penisular .. Afwa memang tak takut ye, nak terjun je mandi laut.. anak ayah la katakannn.. Tq @kakijalan.hq
♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza
“Couple Goal Siap Matchy-Match Lagi…”
Perkongsian Siti mencetuskan rasa teruja netizen melihat penyanyi ini menghabiskan masa bersama keluarga setelah penat lelah menjayakan konsert mega bersama penyanyi Indonesia, Judika yang berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu.
“Happy holiday Tok Ti. Tok Ti walau boleh keliling dunia berkali-kali pun still humble, Bercakap tak pernah meninggi. Alhamdulillah tak pernah lepas dari mulut. Adore you Datuk.”
“Besnya jumpa Siti walau lambai dari bot je tadi 😂 👋.”
“Lovenya. Couple goal siap matchy-match lagi 😍.”
“Syukur Alhamdulillah. Selamat bercuti Kak Iti.”
“Tokti bawa kita melancong sekali hehe 👍💕😍.”
“MasyaAllah cantiknya. Happy holiday Tok Ti and beloved family. Kiss for Aafiyah and Afwa.”
Apa komen anda?