Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Siti Nurhaliza Kongsi Salasilah Keluarga, Berketurunan Hulubalang Istana Kesultanan Kedah?

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Salasilah Keluarga, Berketurunan Hulubalang Istana Kesultanan Kedah?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebut sahaja nama penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti kita mengetahui penyanyi ini yang dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Namun, siapa sangka penyanyi berusia 45 tahun ini berketurunan hulubalang zaman Kesultanan Kedah?.

    Datuk Sebelah Ibu Berasal Dari Kedah

    Menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi menerusi sesi live di TikTok dirakam netizen, menceritakan datuknya sebelah ibu berasal dari Kedah dan merupakan hulubalang istana zaman Kesultanan Kedah di Kota Kuala Muda.

    “Datuk saya sebelah ibu, asal daripada kedah. Bagai sirih pulang ke gagang. Saya kahwin dengan orang Kedah. Saya tengah nak cari susur galur keluarga saya di Kedah. Sebab di Pahang, saya sudah tahu, banyak saudara mara saya di Pahang.

    Tetapi di Kedah, adalah asal usul daripada datuk saya belah ibu. Asal dari Kedah, di Kota Kuala Muda. Kota Kuala Muda pada zaman dahulu kala adalah kawasan istana. Dan dapat cerita, saya punya keturunan dulu adalah hulubalang istana. Sebab tu dia ada darah pahlawan. Datuk kepada datuk saya dahulu asal dari Kedah, belah mak.”-kongsi Siti Nurhaliza

    @nasshopp_

    Tempat lahir kita pun di rumah juga Siti hihihi #sitinurhaliza #penyanyino1malaysia #fyp #love

    ♬ Endless Love Autumn in My Heart – Efrydo Sihotang

    “Bila Saya Berusia 5 Tahun, Barulah Berpindah Ke Kuala Lipis…”

    Kongsi Siti, dia dilahirkan di berek polis disebabkan pekerjaan arwah bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail sebagai anggota polis di Temerloh sebelum membesar di Kuala Lipis dari usia lima tahun sehinggalah dirinya bergelar artis

    “Bila orang dulu-dulu merajuk, mereka suka merantau. Jadi, datuk saya ni pergi merantau sampai la ke Pahang. Duduk di Kuala Lipis, Kampung Tempoyang. Di situlah datuk saya berjumpa dengan nenek saya, dan melahirkan ibu saya.

    Ibu saya orang Pahang. Saya pula lahir di Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Sebab, arwah bapa saya anggota polis, jadi suka pindah-randah. Waktu saya dilahirkan, dalam berek polis, ibu saya tidak ke hospital. Bila saya berusia 5 tahun, barulah berpindah ke Kuala Lipis dan membesar hingga saya sertai pertandingan dan menjadi artis, di situlah kampung saya, Kuala Lipis.”

    Tak sangka kan Siti Nurhaliza berketurunan hulubalang istana zaman Kesultanan Kedah. Apa komen anda?

    ALSO READ:  Azwan Ali Nak Bersihkan Reputasi, Tuntut Bayaran & Permohonan Maaf Secara Terbuka Penganjur

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts