Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Siti Nurhaliza Main Bola Raih Perhatian Ramai-“Lepas Ni Ramai Yang Nak...

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Main Bola Raih Perhatian Ramai-“Lepas Ni Ramai Yang Nak Main Futsal Walaupun Tak Reti”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Tokti Memang Atlet Masa Sekolah Dulu”Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 193 ribu, tanda suka sebanyak 5,264 dan sebanyak 140 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan penyanyi no 1 Malaysia iaitu Tokti yang sedang berlawan bermain futsal sambil diperhatikan suami tercinta.

    @sitinurhalizafan

    Power DS Siti Nurhaliza Tendang Bola Terus Gol 😘

    ♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa semasa zaman muda, Tokti amat gemar bersukan. Tambah mereka lagi, mereka memuji cara Tokti bermain bola itu kerana kelihatan tidak kekok. Mereka juga tidak sangka bahawa minat Tokti dalam bersukan masih ada sehingga sekarang.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts