Penyanyi terkenal negara Dato Sri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana pastinya seluruh Malaysia mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ ini masih relevan hingga kini, dan setiap lagu yang dikeluarkannya sentiasa mendapat sambutan yang hangat!
Baru-baru ini, Tokti banyak menghabiskan masanya membuat siaran langsung di media sosialnya terutamanya di Instagram dan TikTok ketika berada dalam kereta. Selain itu, sejak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka apabila tidak mempunyai jadual kerja pada hari tersebut.
“Best Kerja Situ, Tak Payah Berebut Nak Beli Tiket Sebab Jumpa Hari-Hari”
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok @haery_dean telah mendapat perhatian ramai. Video tersebut kini telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 71 ribu, tanda suka sebanyak 4,110 dan 132 komen.
Dalam video tersebut, Tokti tiba di pejabatnya dan menyanyikan lagu hari lahir untuk salah seorang pekerjanya, serta mengajak untuk sambut selepas waktu berbuka.
“Mudanya 21, semoga terus berjaya. Kita jumpa nanti buka puasa” – kata Tokti
@haery_dean Another day, another birthday in office 😄 Hepi bdayyy @d 🥳
♬ original sound – Haery | EmployeeOfTheYear – Haery | EmployeeOfTheYear
Ramai netizen teruja melihat video tersebut dan mengatakan bahawa mereka ingin bekerja di situ kerana dapat melihat Tokti setiap hari tanpa perlu membeli tiket.
Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang melimpah di dunia dan akhirat. Apa pendapat anda?