Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Siti Nurhaliza Payung Lagu Duet Bersama Cakra Khan, Raih Perhatian Ramai!-“Lagu...

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Payung Lagu Duet Bersama Cakra Khan, Raih Perhatian Ramai!-“Lagu Ni Banyak Kenangan”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Duet Suara Diorang Ni Memang Sesuai Sangat, Seimbang Je Dengar”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitisitusanasini11_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 83 ribu, tanda suka sebanyak 2,510 dan sebanyak 50 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti dan Cakra Khan yang menyanyikan secara ‘A Capella‘ lagu duet mereka yang pernah popular suatu ketika dahulu yang berjudul Seluruh Cinta.

    @sitisitusanasini11_

    @Siti Nurhaliza #CakraKhan nyanyi #SeluruhCinta tanpa Muzik ya ampun merdu banget 🥹😭 #SitiSituSanaSini #SitiNurhaliza #ToktiTiktok #Tokti #Ctdk #Fyp

    ♬ original sound – Siti Situ Sana Sini – Siti Situ Sana Sini

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka ingin mendengar lagu tersebut versi baharu dari Tokti dan Cakra Khan itu. Tambah mereka lagi, suara Tokti dan Cakra Khan sangat sesuai apabila menyanyikan lagu duet bersama.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts