Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Siti Nurhaliza Sebak Kongsi Maksud Kiasan ‘Bunga Melur’ Arwah Bapa –...

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Sebak Kongsi Maksud Kiasan ‘Bunga Melur’ Arwah Bapa – ‘Saya Asal Dari Kampung, Pertaruhkan Bakat Allah Bagi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siti NurhalizaSiti Nurhaliza

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza gagal menahan sebak apabila mengulas mengenai lirik kiasan diberikan arwah bapa, Tarudin Ismail yang mengibaratkan dirinya seperti bunga melur.

    Maksud kiasan

    Siti NurhalizaSiti Nurhaliza

    Memegang satu niat untuk membantu keluarga, Siti, 45, berkata, kiasan tersebut menggambarkan dirinya yang berasal dari kampung dan ingin mempertaruhkan bakat nyanyian yang dikurniakan Sang Pencipta.

    Itu adalah kiasan daripada arwah ayah. Saya asal dari kampung yang mempertaruhkan bakat diberikan Allah.

    Saya masuk dalam industri berbekalkan bakat yang biasa sahaja ketika itu, hanya bawa nama keluarga untuk bantu mereka. Hanya cuba yang terbaik.

    Jika dilihat pada lirik itu, ‘di hujung sana tempatmu bunga melur, bukan di taman yang indah’. Membawa maksud kita berada di satu tempat yang kita sendiri tidak tahu sama ada okay atau tidak.

    Tapi dengan beserta kesungguhan dan niat yang ikhlas, insya-Allah akan berikan ganjaran-Nya.

    Siti berkongsi mengenai perkara itu ketika dihubungi penyampai Kool 101 iaitu Haiza dan Muaz menerusi segmen Pagi On Point.

    Dalam pada itu, penyanyi nombor satu negara meluahkan rasa syukur di atas penganugerahan sebagai Biduanita Negara.

    Alhamdulillah, ini semua rezeki yang tertulis. Sejak awal pembabitan, prinsip saya tidak kira apa yang lakukan perlu ada peranan dan sumbangan.

    Dari awal saya tekad, masuk sahaja dunia seni, saya mahu dunia seni dinilai dari sudut positif dan bagi inspirasi kepada masyarakat.

    Video

    @kool101my Di sebalik kejayaan biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, tersimpan semangat dan kenangan indah bersama arwah ayahnya, Tarudin Ismail. Kata-kata ayahnya yang menggambarkan beliau seperti bunga melur juga menjadi inspirasi kepada lagu Bunga Melor. Pagi ini, Tokti sebak berkongsi memori perjalanan kerjayanya bersama Haiza dan Muaz? Terima kasih Tokti, kerana terus menghiburkan dan memberi inspirasi kepada kita semua! ?? #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ? original sound – Kool 101

    ALSO READ:  [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta – ‘Semoga Menjadi Asbab Kebaikan Bersama’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts