Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Alaa, Kita Pun Turut Sebak Tengok”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 30 ribu, tanda suka sebanyak 1,713 dan sebanyak 42 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti bersama suaminya yang menghadiri perkahwinan anakanda kepada Sultan Pahang iaitu Tengku Puteri Afzan.
“Sambil tengok, sambil kepala fikir. Semoga diberi kesempatan melihat anak anak nanti naik pelamin.. Semoga ditemukan jodoh yang baik amin ya rabb”-Tulis Tokti
@sitizoner #fyp #istiadatperkahwinandiraja
♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner
Rata-rata netizen juga sebak melihat video berkenaan, Mereka juga turut mendoakan agar Tokti dan suami diberikan usia yang panjang untuk melihat anak-anak mereka naik pelamin nanti.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?