Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Suami Isteri Buat Rawatan IVF Secara...

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Suami Isteri Buat Rawatan IVF Secara Percuma

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan satu berita gembira menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok Yayasan Nurjiwa.

    Nak taja pasangan buat IVF

    @nurjiwafoundation Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut: Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri) Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. Daftar sekarang di: [ #YayasanNurjiwa #IVFNurjiwa #SempurnakanSebuahCinta #AlhayaFertilityCentre ? original sound – Siti Nurhaliza

    Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin memaklumkan dirinya mahu menawarkan tajaan kepada 20 pasangan yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

    Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah saya ingin berkongsi satu berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan ingin mendapatkan cahaya mata.

    Tambah Siti, setiap pasangan hanya perlu mengisi maklumat mereka menerusi platform yang disediakan Yayasan Nurjiwa sebelum melalui tapisan awal untuk dipilih menjadi 20 pasangan yang terakhir.

    Anda boleh memohon Program IVF Nurjiwa dan hanya perlu memenuhi kriteria yang diperlukan.

    Isikan maklumat anda di borang yang telah disediakan.

    Selamat mencuba dan semoga impian anda menjadi kenyataan, insya-Allah.

    Sekadar info, Yayasan Nurjiwa merupakan satu pertubuhan amal yang ditubuhkan Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

    Yasayan Nurjiwa ini telah membantu ramai golongan yang memerlukan serta turut terlibat dalam aktivit bantuan kepada lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari dengan menyalurkan bantuan perubatan dan makanan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Diana Danielle Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Perceraian – ‘Saya Berserah, Doakan Terbaik’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts