Pelakon jelita Siti Saleha seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi menerusi perkongsian di media sosialnya.
Bakal berkahwin?
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instgram Story, Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum memuat naik sekeping foto memaparkan dia sedang memakai veil yang tertera tulisan bride.
Dalam perkongsian lain, aktres berusia 34 tahun itu juga berkongsi video kejutan daripada rakan-rakan dan salah seorang daripada mereka menyarung veil tersebut di atas kepalanya.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu juga meletakkan kapsyen emoji pengantin pada hantaran tersebut.
Netizen ucap tahniah
Rakan-rakan artis dan juga warganet pula menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah dan sangat teruja untuk menantikan hari perkahwinan Siti Saleha dan tunangnya, Joshua Fitton.
Terdahulu, Siti Saleha mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan bersama Joshua selepas hampir dua tahun menjalin hubungan istimewa.
Pada Disember 2022, aktres itu memperkenalkan Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen kepada umum. Namun ketika itu, dia menyatakan masih tiada perancangan untuk berkahwin.
Sekadar info, Siti Saleha atau mesra dengan nama panggilan Sally pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.