Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Sofyank Antara Bakat Anak Malaysia Yang Mampu Pergi Lebih Jauh’ –...

    [VIDEO] ‘Sofyank Antara Bakat Anak Malaysia Yang Mampu Pergi Lebih Jauh’ – Zul Ariffin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ZUL ARIFFINZUL ARIFFIN

    Pelakon, Zul Ariffin mengakui peluang bekerjasama dengan pencipta kandungan digital media sosial terkemuka, Sofyank telah menyuntik perspektif dan keyakinan bahawa anak muda tersebut mampu pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi.

    Industri perlu lebih ramai orang seperti Sofyank

    Sofyank zul ariffin 2Sofyank zul ariffin 2

    Menurut Zul, 38, perkara itu diamatinya sendiri setelah berpeluang berada di bawah pengarahan Sofyank menerusi penghasilan sebuah video khas berkenaan permainan video MMORPG terkemuka dunia, Forsaken World 2, baru-baru ini.

    Sebelum ini, saya hanya mendengar dan tahu nama Sofyank ini bila ramai cakap mengenai video-video animasi atau VFX yang dia sering hasilkan di media sosial.

    Ada juga antaranya yang saya tengok dan dari situ saya dapat rasakan dia ini berbakat besar, apalagi dia pun pernah bekerjasama dengan nama-nama besar di luar negara seperti Zach King, Will Smith, Chris Hemsworth dan Paul Rudd.

    Kemudian bila dapat pula peluang untuk bekerjasama dengannya dalam video Forsaken World 2 ini, sudah tentulah saya pun teruja. Bagi saya, Sofyank adalah antara bakat anak Malaysia yang mampu pergi lebih jauh.

    Tidak mustahil dengan potensi yang dimiliki, dia mampu melakukan sesuatu untuk industri seni perfileman tanah air. Kalau lebih ramai dapat contohi dia pun bagus. Industri kita perlukan lebih ramai orang-orang seperti ini.

    Selain itu, berkongsi mengenai pengalamannya membawakan watak adiwira dalam video arahan Sofyank itu, Zul berkata, ia merupakan kali pertama dia menggayakan kostum ala-ala Marvel sepanjang membina kerjaya sebagai anak seni.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

    Pemilik nama Zulkifli Ariffin berkata, kostum yang diinspirasikan daripada salah satu watak dalam permainan tersebut iaitu Demon Hunter itu akan menjadi antara kenangan menarik buat dirinya.

    Lakonan saya dalam video ini juga agak berbeza kerana banyak melibatkan kesan visual dengan menggunakan skrin hijau. Saya harus menggunakan imaginasi saya sendiri.

    Kostum itu nampak macam besi, tetapi tidak berat pun. Saya pun kagum sebab kostum itu juga dihasilkan daripada pereka bertaraf antarabangsa.

    Saya berjaya bawakan watak itu di bawah pengarahan Sofyank tak sampai lima jam. Semuanya berjalan dengan lancar dan yang penting saya ‘enjoy’ melakukannya.

    Sangat profesional

    Sofyank zul ariffinSofyank zul ariffin

    Sementara itu, Sofyank atau nama sebenarnya, Muhammad Sofian Abdullah, 28, mengakui seronok bekerjasama dengan pelakon filem Sheriff: Narko Integriti tersebut yang disifatkan sangat profesional.

    Saya rasa Zul merupakan pilihan yang paling tepat untuk watak ini. Bukan sahaja kerana dia seorang pelakon aksi yang berkaliber tetapi juga kerana watak Demon Hunter ini memerlukan susuk tubuh sasa untuk beraksi dengan senjata yang besar.

    Sepanjang bekerjasama dengannya, saya seronok sebab Zul memang sangat profesional.

    Bagi menyempurnakan lagi elemen fantasi dalam video tersebut, Sofyank turut mendapatkan khidmat juruanimasi antarabangsa yang pernah berkhidmat untuk filem Hollywood seperti The Little Mermaid, Snow White dan Sonic the Hedgehog.

    ALSO READ:  Bapa Mentua Syifa Melvin Meninggal Dunia-“Rehatlah Abah Sehingga….”

    Ini juga bukanlah kali pertama Sofyank berkolaborasi dengan bintang lokal untuk tujuan permainan video mudah alih.

    Sebelum ini Sofyank pernah bekerjasama dengan Beto Kusyairy dalam sebuah video kesan visual yang berjaya mencapai jutaan tontonan dan menjadi buah mulut ramai.

    Video arahan Sofyank untuk Forsaken World 2 boleh mula ditonton di laman sosial hari ini, manakala pelancaran rasmi permainan yang diterbitkan oleh VNGGames ini adalah pada 22 Oktober dan boleh dimuat turun di App Store serta Google Play.

    VNGGames sebelum ini turut mencatat sejarah sebagai syarikat permainan video global pertama yang mengadaptasikan watak pahlawan Melayu, Mat Kilau dalam sebuah permainan mudah alih terkenal.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts