Setelah 10 tahun berlalu, artis serba boleh, Dr Soo Wincci akhirnya membuat pengakuan kepada Datuk Aznil Hj Nawawi dalam sebuah siri podcast mengenai gimik yang pernah dilakukan olehnya dengan pelakon, Iqram Dinzly.
Dah 10 tahun
Menurut Soo Wincci, Iqram seorang rakan yang sangat baik dan mereka pernah melakukan gimik bersama ketika majlis pelancaran album pertamanya berjudul Su Win Si by Soo Wincci.
Itu kawan sangat bagus. Dahulu dengan Iqram Dinzly itu sebab kawan baik. Saya masih ingat ketika saya keluar album Melayu. Tapi pr manager hantar hantaran yang salah. Jadi masa itu kami nak buat gimik. Jadi dia lamar saya. Tapi lepas lamar, kami beri penjelasan bahawa itu gimik.
Semua anggap macam kenyataan. Mereka tak percaya dan kata kami bersama.
Ujar Soo Wincci lagi, ketika dia memberitahu perkara sebenar kepada umum, rata-rata netizen tidak mempercayainya.
Tetapi, selepas itu memang saya rapat dengan dia. Saya tak tipu dan memang cakap itu opening gimik dan kami bertarik tali. Semua tak percaya sehingga berita itu menjadi besar (viral).
Tambah Soo Wincci, Pak Nil antara pengacara yang berani tanya soalan tersebut meskipun sudah 10 tahun berlalu.
Dah 10 tahun. Akhirnya terjawab. Hanya host yang terpaling power yang berani tanya.
Sekadar info, album pertama Soo Wincci dalam bahasa Melayu ini memuatkan empat buah lagu ciptaan komposer Ajai iaitu Terus Teranglah, Musim Asmara, Jangan Risau, dab Nombor 1.
Video
View this post on Instagram