Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Sophia Albarakbah Cuba Kuatkan Diri Demi Kerjaya, Mengaku Masih Kena Buli...

    [VIDEO] Sophia Albarakbah Cuba Kuatkan Diri Demi Kerjaya, Mengaku Masih Kena Buli Di Media Sosial

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita Sophia Albarakbah mengakui dia masih lagi menjadi mangsa buli siber netizen di media sosial.

    Sudah lalui macam-macam

    Meskipun sudah tiada lagi cerita kontroversi melibatkan dirinya, Sophia berkata, dia masih tercari-cari silap dirinya kerana netizen masih tidak berhenti menyerangnya.

    Sampai sekarang masih lagi berlaku (dibuli) tidak kiralah saya buat salah ke tidak, orang tetap buli saya tanpa tahu apa sebabnya. Mungkin saya dilihat seperti kuat tapi sebenarnya tidak.

    Saya sudah lalui macam-macam tapi saya masih mencuba sehabis baik untuk tidak terlalu terkesan dengan pembuli.

    Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya.

    Menurut pelakon Filem Saka Perawan ini, dia pernah mengalami tekanan sehingga perlu mendapatkan rawatan dek kerana diserang netizen.

    Ujar Sophia, dia bersyukur kerana memiliki keluarga dan sahabat yang sentiasa memberi semangat tatkala dirinya berasa down.

    Saya pernah down tapi Alhamdulillah saya ada keluarga dan rakan-rakan yang menjadi pendengar dan tempat luahan.

    Kerana terlalu tertekan saya pernah pergi berjumpa terapi tetapi saya suka kerja jadi saya paksa diri untuk terus kuat.

    Sophia yang ditemui pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Fiziwoo, Jumaat lalu, sempat menitipkan pesanan kepada netizen agar mempunyai rasa empati sebelum menulis sesuatu komen.

    Saya harap netizen berhati-hati dalam meninggalkan komen. Saya tak tahu kenapa mereka bertindak seperti itu sebab dengki ke tapi apa-apa pun alasan harapnya mereka berhenti kerana ia bukan sesuatu yang baik.

    Buli bukan perkara yang kecil ia sesuatu yang serius sebab ia membawa kepada emosi dan kesihatan mental. Kalau orang mental tak kuat ia akan beri kesan yang buruk. Boleh jadi akan tertekan dan bunuh diri.

    ALSO READ:  Cik Epal Bersuara Isu Rumah Tangga Dengan Jofliam?-“Aku Tak Nak Keruhkan Keadaan…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts