Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Suami Menyusul ‘Pergi’ Selepas Dua Minggu Isteri Meninggal Dunia Ketika Bersalin

    [VIDEO] Suami Menyusul ‘Pergi’ Selepas Dua Minggu Isteri Meninggal Dunia Ketika Bersalin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ‘Sehidup semati’, itu adalah perumpamaan yang paling sesuai buat pasangan ini apabila si suami menyusul ‘pergi’ selepas hanya dua minggu isterinya meninggal dunia.

    Meninggal dua minggu selepas isteri

    @abambotakpeduli??? Hanya Ingin Kau Tahu – Republik

    Menerusi hantaran di TikTok, @abambotakpeduli telah berkongsi momen sewaktu pengurusan jenazah seorang lelaki yang dikenali Safry Roslan.

    Menurut Abam Botak, dia baru sahaja menguruskan jenazah isteri kepada Safry iaitu Airyn Darwisa Rudy yang meninggal dunia ketika melahirkan anak keempat mereka sekitar dua minggu lalu.

    Dua minggu lepas si isteri pergi buat selamanya saat melahirkan anak mereka, hari ini suami pula menyusul sama.

    Moga Allah jaga anak mereka.

    Menurut pemilik nama Yunizam Yusop ini, dia sangat tidak menyangka arwah yang meminta pertolongannya untuk menguruskan jenazah arwah isterinya dua minggu lalu turut ‘pergi’ meninggalkan ahli keluarga tercinta.

    Minggu lalu isterinya meninggal dunia, arwah yang hubungi saya untuk pengurusan jenazah isterinya. Saya tidak sangka si suami menyusul pula hari ini.

    Van jenazah yang sama juga digunakan pada dua minggu lalu untuk arwah isterinya dan kali ini untuk membawa Allahyarham.

    Isteri meninggal dunia ketika melahirkan anak

    Sementara itu, adik kepada arwah Safry iaitu Jefrie Roslan memaklumkan arwah abangnya itu berada dalam keadaan yang sihat sahaja.

    Walau bagaimanapun, arwah abangnya mula mengalami perubahan sikap dengan ahli keluarga serta rakan sekerja sehari sebelum meninggal dunia.

    Pada Isnin lalu, arwah kelihatan sihat saja dan pergi kerja seperti biasa. Cuma ada kawan-kawan memberitahu dia bersikap pelik apabila sepanjang hari itu dia bersalaman, meminta maaf dan memeluk rakan-rakan sekerja.

    Ketika di rumah pula, dia bawa kami sekeluarga makan bersama-sama dan turut meminta maaf jika ada salah dan silapnya.

    Pada awalnya saya tertanya-tanya tetapi saya menganggap mungkin dia rindukan arwah isterinya.

    Mimpi arwah isteri, ajak ke ‘rumah’ baharu

    Tambah Jefrie lagi, arwah abangnya ada memberitahu bahawa dia bertemu dengan arwah isteri yang mengajaknya ke ‘rumah’ baharu yang lebih cantik.

    ALSO READ:  Gambar Korang Kini Lebih Sempurna Dengan Keupayaan Magic AI Terbaru Pada Siri HONOR 200

    Namun, Jefrie hanya menganggap arwah abangnya terlalu rindukan isteri memandangkan dia kerap bermimpi dan mengigau.

    Dia mengigau sekitar jam 1 lebih pagi, kami bangunkan dia dan duduk sekejap sebelum baring semula tetapi dia terus mengigau.

    Tidak lama kemudian, tiada kedengaran suara dia mengigau dan terus senyap. Kami pantau keadaannya tetapi dia seperti tidak sedarkan diri.

    Dia sedar sekejap dan menarik nafas kemudian diam. Dalam tiga kali dia begitu.

    Melihat keadaan abangnya yang semakin teruk, Jefrie memaklumkan dia dan ahli keluarga yang lain dengan pantasnya membawa arwah ke hosptial.

    Walau bagaimanapun, doktor kemudiannya mengesahkan bahawa abangnya meninggal dunia tidak lama selepas menerima rawatan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts