Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Suami Pedofilia, Isteri Terpaksa Gugur Kandungan – ‘Saya Takut Anak Itu...

    [VIDEO] Suami Pedofilia, Isteri Terpaksa Gugur Kandungan – ‘Saya Takut Anak Itu Akan Lalui Sama Macam Kakak Dia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    suami pedosuami pedo

    Gambar sekadar hiasan

    Seorang wanita terpaksa apabila mengetahui suaminya adalah seorang pedofilia.

    Menanggung trauma

    @zayan.my

    Allahuakbar.. Luluh hati apabila mendengarkan penderiataan Nur yang terpaksa gugurkan anak kerana berhadapan suami yang Pedofilia dan pernah melakukan perkara yang tidak baik pada anak sulungnya. #ZAYANshare #SembangDeep #FynnJamal #Suami #Anak #Isteri #Rumahtangga #fyp??viral #fyp

    ? original sound – ZAYAN – ZAYAN

    Menerusi sesi panggilan telefon di radio Zayan, seorang wanita yang dikenali sebagai Nur mendedahkan bahawa suaminya pernah melakukan perkara yang tidak bermoral kepada anak sulungnya sehingga menyebabkan trauma.

    Penghujung tahun 2021, saya disahkan mengandung anak ketiga. Dalam tahun yang sama, berlaku trauma yang besar di dalam hidup saya.

    Anak pertama saya (perempuan), beritahu satu perkara yang mengejutkan saya, yang mana saya dapat tahu suami saya seorang pedofilia.

    Ketika itu saya sangat tertekan sebab perkara itu tidak dijangka dan berlaku kepada anak perempuan saya.

    Rentetan itu, selepas mendapat nasihat pakar, Nur terpaksa mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan kerana risau anak tersebut akan menjadi mangsa pemuas nafsu suaminya sendiri.

    Bila saya tahu saya mengandung, saya tak boleh terima keadaan itu. Disebabkan trauma yang besar itu, saya ambil keputusan untuk tak mahu ada anak lagi.

    Saya jumpa doktor dan minta nasihat. Doktor saya nasihatkan supaya saya gugurkan kandung itu. Sebab masa saya dapat tahu, kandungan saya masih baru..dalam dua minggu.

    Dalam keadaan tertekan, saya ambil keputusan untuk terus gugurkan kandungan. Sebab saya takut, anak itu akan lalui apa yang kakak dia lalui.

    Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu mengakui dia masih lagi bersama suaminya dan membantu lelaki tersebut dengan mendapatkan rawatan di hospital.

    Saya masih dengan suami. Bila berlaku perkara itu saya berbincang dengan keluarga. Sebab suami saya bukan seorang yang jahat. Dia tak pernah abai tanggungjawab.

    Bila berlaku masalah macam ni, saya bersetuju dengan keluarga untuk bagi rawatan di hospital.

    Saya seorang suri rumah, saya uruskan A sampai Z. Emosi saya terlalu penat. Bila saya keluar dengan anak-anak orang ingat saya janda. Emosi saya penat bila orang cakap kenapa tak tambah anak.

    Tindakan Nur yang tetap mempertahankan rumah tangganya itu mengejutkan ketiga-tiga penyampai radio tersebut dan juga warganet.

    ALSO READ:  Elly Mazlein Bergerak Sendiri, Tidak Terikat Dengan Mana-Mana Pengurusan

    Menurut mereka, tindakan Nur adalah tidak wajar kerana dia seharusnya melindungi anak perempuannya daripada suami.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts