Penyanyi, Nadeera Zaini tambat hati penonton dengan bakat nyanyiannya di majlis 29th Asian Television Awards di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Bakat lebih dikenali
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini dilihat mendendangkan dua buah lagu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjudul ‘Nirmala’ dan ‘Bukan Cinta Biasa’.
Apa yang menarik, persembahan itu meraih perhatian warga Indonesia dan Malaysia serta membuka mata terhadap bakat juara Big Stage 5 itu.
Jelas sangat bila Nadeera melontarkan kata-kata ketika bernyanyi.
Difahamkan, penyanyi Hael Husaini turut bersama ketika malam majlis 29th Asian Television Awards yang diadakan dua hari.
Apa yang lebih membanggakan, setelah persembahan hari pertama yang memukau, pihak Indosiar & Asian TV Awards membuat permintaan untuk persembahan tambahan pada malam kedua.
@netizen.berlagu Nadeera, Penyanyi Malaysia tampil menyanyi di Indosiar, netizen puji artikulasinya #nadeera #indosiar #suara #menyanyi #musikindonesiadispotify ? Whiplash – aespa