Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menyelar tindakan individu yang sanggup melakukan sumpah laknat hanya kerana mahu membuktikan dirinya benar.
‘Sumpah laknat adalah sumpah yang sangat gerun’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam berpendapat bahawa seseorang individu tidak sepatutnya menggunakan nama Tuhan dan agama ke dalam kemelut atau masalah yang berlaku dalam kehidupan mereka.
Ada orang sanggup bersumpah laknat untuk membenarkan kata-kata, tindakan. Kenapa benda ini boleh berlaku? Sebab dia tak dapat melihat kepercayaan manusia kepada dia selain menggunakan nama Allah.
Dia heret nama Allah, nama agama ke dalam cerita dia sedangkan sumpah laknat adalah sumpah yang sangat gerun. Kita dah masukkan Allah dalam cerita, penipuan, skandal, sengketa kita.
Tambah Nilam lagi, sumpah laknat bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh atau ringan kerana ianya melibatkan agama.
Sumpah laknat bukan main-main, awak nak menipu, menipu je lah. Tak perlu masukkan Al Quran, agama, Tuhan dalam cerita tu.
‘Tak perlu menegakkan benang yang basah’
@puan_nilamortizKorang sambunglah ayat akak??? tak jumpa ayat yang sesuai ?? original sound – puan nilam ortiz
Dalam perkongsian yang sama, Nilam juga meminta individu berkenaan tidak perlu menegakkan benang yang basah atau membuktikan dirinya sahaja yang benar kerana masyarakat kini sudah boleh menilai mana yang betul atau tidak.
Sekarang ni, netizen dah bijak dah macam-macam ilmu mereka lihat di media sosial. Netizen dah tahu semua, untuk apa nak buat sumpah laknat? Kalau kita dah tahu kita menipu, kita diam-diam je lah.
Tak perlu menegakkan benang yang basah, sebab kalau betul anda betul, Tuhan akan tunjuk juga. Tuhan Maha Kaya, Tuhan Maha Adil.
Bagaimanapun, Nilam tidak menyebut nama mana-mana individu sebaliknya itu adalah pandangan peribadinya berhubung isu sumpah laknat.