Penyanyi Syada Amzah memberitahu video sempena ulang tahun kelahiran Shila Amzah yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini merupakan luahan rasa rindu kepada kakaknya.
‘Kami tiada masalah’
Hampir setahun tidak bertemu, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, bagaimanapun menafikan hubunganya dengan Shila dalam keadaan dingin.
Berkenaan video ucapan hari lahir, sudah pasti satu keluarga merindui Shila. Video itu tidak membawa apa-apa makna lain selain ucapan sempana ulang tahun dia.
Orang luar tak sepatutnya jadikan video itu sebagai satu isu. Saya hanya tunjukkan tanda apresiasi kepada Shila. Kami sudah lama tak berjumpa, kali terakhir masa perkahwinan dia. Anak buah pun belum sempat jumpa.
Shila pun ada berbalas mesej dengan saya waktu ulang tahun dia hari itu. Dekat WhatsApp lagi panjang ucapan saya untuk dia, kami tiada masalah pun.
Pemilihan lagu pada video itu pula merupakan lagu yang pernah kami karaoke sama-sama sebelum Shila berkahwin, pada 2017. Shila tahu itu lagu kegemaran kami, ada maksud tersembunyi di sebalik lagu itu.
Syada berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran album terbaharu Amir Jahari berjudul Kembali di The Curve, Damansara pada Rabu.
Dalam pada itu, Syada enggan mengambil pusing mengenai dakwaan netizen yang mengatakan Shila menanggung dirinya.
Nak kata bergaduh pun kami tak pernah bercakaran. Hanya normal adik-beradik punya merajuk. Kalau tak bercakap pun lima minit je, lepas itu boleh bergurau semula.
Dakwaan atau kata-kata hanya sekadar kata-kata. Apa yang mereka (netizen) cakap tidak pernah satu orang pun datang depan saya tunjuk mereka betul. Netizen hanya boleh buat spekulasi. Saya tak pernah ambil pusing atau serius tentang cakap orang luar.
Terdahulu, Syada memuat naik video sempena ulang tahun kelahiran Shila di Instagram miliknya dengan menggunakan lagu ‘When We Were Young’ nyanyian Adele.
Dalam rakaman tersebut memperlihatkan momen-momen lama yang pernah dirakam anak kepada ND Lala itu.