Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Syafiqa Melvin Menunggu Hari Bersalin, Anak Sulung ‘Kantoikan’ Nama Adik –...

    [VIDEO] Syafiqa Melvin Menunggu Hari Bersalin, Anak Sulung ‘Kantoikan’ Nama Adik – ‘Bermula Dengan Huruf A’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin bakal menimang cahaya mata ketiganya tidak lama lagi.

    Nama cahaya mata ketiga

    @ayu_klang

    Zayyan nak bocorkan nama adiknya?? #fyp #syafiqamelvin #adikberadikthemelvin #themelvins #adikberadiksyatillamelvin #zayyan #namababy

    ? original sound – Ayu Strong women – Ayu Strong women

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Syafiqa sedang mempromosikan produk sambil berinteraksi bersama warganet yang bertanya tentang kandungannya.

    Menurut Syafiqa, dia akan berkongsi mengenai jantina bayinya itu selepas selamat bersalin yang dijangkakan pada 3 Oktober ini.

    Sudah ada nama, nanti akan dikongsikan. Nanti baby dah keluar kami akan beritahu.

    Doakan sahaja.

    Tak kisah lelaki atau perempuan. Saya pun dah ada anak sepasang lelaki dan perempuan. Asalkan sihat sahaja.

    Tidak lama selepas itu, anak sulungnya iaitu Zayyan Sufi tampil ‘membocorkan’ rahsia tentang adiknya yang bakal lahir.

    Nama dia bermula dengan huruf A.

    Usahawan berusia 35 tahun tersebut kemudian menghalang Zayyan daripada memberitahu dengan lebih terperinci kepada pengikutnya.

    No! Zayyan! Dah tu je.

    Dia ni memang yang ‘kantoikan’ semua. Daripada saya belum kahwin sampai dah kahwin dan nak beranak pun dia juga.

    Dia ‘pak cik bawang’, mulut memang macam pak cik dekat kedai kopi.

    Pada Disember tahun lalu, Syafiqa berkahwin untuk kali kedua dengan pilihan hatinya, Azhar Othman.

    Untuk info, pemilik nama sebenar Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012. Namun Zainal Abidin disahkan meninggal dunia pada 2018 akibat kanser darah.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 11, dan Zahara Sumayya, 8.

    ALSO READ:  ‘Baru 21 Hari Kerja’ – Che Ta Bengang ‘Maid’ Ayu Raudhah Lari Rumah, ‘Kantoi’ Tidur Tengah Hari Buta!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts