Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin selamat menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya pada 26 September lalu.
Coretan untuk anak
View this post on Instagram
Syafiqa atau nama lengkapnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin berkongsi momen ketika menyambut kelahiran bayinya yang diberi nama Ameena Sofeea.
Ameena Sofea, yang bersih dan jujur.
Membesarlah anak, menjadi wanita yang kuat dan solehah, yang dapat membahagiakan orang sekelilingmu sayang.
Paling menyentuh adalah coretan Syafiqa untuk puterinya itu yang ditulis pada video tersebut.
Anak ibu sayang, semua tak sabar nak tengok ‘baby’ adik ni.
Lama kami tunggu adik, 43 tahun abah tunggu awak. Permata hati kami semua.
Amanah buat ibu dan abah, sampai akhir hayat kami.
Ucapan tahniah
Menjengah ke ruangan komen, Syafiqa dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada warganet.
Comel sangat anak kak long. Tahniah kak long selamat berpantang.
Semoga baby membesar dengan sihat.
Tahniah kak long dan suami. Selamat berpantang.
Imbas kembali, pada Disember tahun lalu, Syafiqa berkahwin untuk kali kedua dengan pilihan hatinya, Azhar Othman.
Sebelum itu, Syafiqa pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012. Namun Zainal Abidin disahkan meninggal dunia pada 2018 akibat kanser darah.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 11, dan Zahara Sumayya, 8.