Pelakon jelita, Toh Puan Syamim Farid berkongsi bahawa dia pernah memasang angan untuk menjadi puteri raja.
Suka tengok kerabat
View this post on Instagram
Menerusi podcast Girl Math, Syamim atau nama lengkapnya Syamim Mohd Farid mendedahkan sejak dibangku sekolah lagi dia sudah menyimpan cita-cita tersebut.
Masa belajar dulu, cikgu ada tanya dah besar nanti nak jadi apa?
Orang lain semua jawab nak jadi doktor, jurutera tapi saya tak, saya jawab saya nak jadi puteri raja. Orang lain semua terkejut.
Selain itu, Syamim berkata dia juga gemar menonton filem dan program televisyen yang memaparkan tentang kisah raja-raja.
Ketika kecil dan bila berada di rumah nenek, saya suka main buaian. Ada satu filem P. Ramlee.. ada lagu nak kahwin dengan anak raja.
Saya suka nyanyi lagu itu kerana gemar menonton filem tersebut semasa kecil.
Ramai yang suka tengok kartun, tapi saya suka tengok rancangan yang tayang tentang raja contohnya seperti pertabalan.
Sekadar info, aktres berusia 33 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari pada tahun 2016.