Pengaruh media sosial, Syamimia sebelum ini telah dikritik oleh netizen kerana dikatakan tidak peka terhadap nasib rakyat di Palestin.
Pada kali ini, Syamimia telah memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau bersama keluarganya sedang menyediakan hidangan makan malam di dalam rumah PPR miliknya yang masih dalam proses pembinaan semula.
“Sempat live dekat IG tadi masak sambal tumis untuk makan malam ni. Jemput makan 💕.”-kapsyen Syamimia di TikTok
@syamimia_ Sempat live dekat IG tadi masak sambal tumis untuk makan malam ni. Jemput makan 💕
♬ Ylang Ylang – FKJ & ((( O )))
Disindir Netizen Tak Pakai Tudung Namun Mampu Renovate Rumah?
Walau bagaimanapun, salah seorang netizen telah memberikan komen yang menyindirnya kerana melaksanakan pengubahsuaian rumah, tetapi masih tidak memakai tudung.
“Renovate rumah boleh. Beli tudung tu tak boleh. Tu lagi heran 😅.”-komen salah seorang netizen
Syamimia Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Syamimia menjawab komen netizen tersebut dengan menyampaikan doa supaya setiap perbuatannya seindah pemakaian dan wajahnya.
“Wah cantik bahasa akak. Semoga perbuatan akak di dunia ini sama cantik dengan pemakaian dan wajah akak.”-balas Syamimia
Walaupun menerima sindiran dari segelintir netizen, kebanyakan peminat memberikan kata-kata semangat kepada pengaruh media sosial ini untuk melalui kehidupan dengan tenang serta mengabaikan kata-kata negatif di media sosial.
Sebelum ini, pengaruh media sosial ini pernah dikritik oleh netizen sehingga kehilangan ratusan ribu pengikut di TikToknya. Hal ini berlaku susulan isu Syamimia dikatakan enggan menggunakan pengaruh dan platform media sosialnya untuk menyebarkan kesedaran pergolakan yang berlaku di Palestin.