Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Syamsul Sedia Lepaskan Ira Hari Ini’ – Peguam

    [VIDEO] ‘Syamsul Sedia Lepaskan Ira Hari Ini’ – Peguam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah sensasi Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Selangor pada Selasa bagi sebutan kes perceraian mereka.

    Ira tidak hadir

    Perkara tersebut disahkan oleh peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais.

    Sepatutnya hari ini (Selasa) sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana dia baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir.

    Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya. Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan.

    Susulan itu, Azmi berkata mahkamah akan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian Syamsul dan Ira.

    Hari ini mahkamah akan bagi tarikh baharu untuk sebutan yang kedua. Andai kes cerai ini Ira tak setuju, pasangan tersebut perlu melalui prosedur JKP (Jawatankuasa Pendamai).

    Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

    Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.

    Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts