Pengarah terkenal, Syamsul Yusof tampil menjelaskan bahawa kejadian dua kereta yang berlanggar sewaktu dirinya memandu kereta mewah jenis Lamborghini bukanlah kesalahan daripadanya.
‘Dia tak fokus’
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof memuat naik semula video kejadian tersebut.
Dapat dilihat, sebuah kereta jenis Audi terlanggar bahagian belakang kereta jenis Toyota Vellfire sewaktu berada bersebelahan dengan ‘sports car’ milik Syamsul.
Ini adalah video sebenar.
(Pemandu) Audi tak fokus dan pelanggaran itu bukan salah saya.
Menerusi video yang sama, dapat dilihat Syamsul sempat menurunkan tingkap keretanya untuk melihat pelanggaran tersebut sebelum berlalu pergi dari tempat kejadian.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berseloroh mengatakan pelanggaran berlaku disebabkan pemandu Audi terkesima melihat warna kereta Syamsul.