Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Syasya Rizal Bergaya Di Majlis Persandingan Dengan Barang Kemas Tajaan Berjumlah...

    [VIDEO] Syasya Rizal Bergaya Di Majlis Persandingan Dengan Barang Kemas Tajaan Berjumlah RM5 Juta!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Majlis persandingan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal dengan pasangan, Nasrullah berlangsung cukup meriah di Magica Subang Hall, pada Sabtu malam.

    Barang kemas RM5 juta

    Pasangan itu dilihat sama cantik sama padan berjalan memasuki perkarangan dewan dalam persalinan berona biru muda.

    Difahamkan, majlis pasangan pengantin baharu ini menerima tajaan dari pelbagai pihak termasuk persalinan, dewan, barang kemas dan pelbagai lagi.

    Ibu Syasya, Farah Farina atau mesra disapa sebagai Riena mendedahkan anaknya menggayakan barang kemas dan aksesori yang ditaja oleh Habib Jewels berjumlah RM5 juta.

    Kita belum buat kiraan lagi, tetapi untuk Syasya, Habib tajaan RM5 juta untuk barang kemas yang dipakai malam ini. Manakala untuk saya pula RM500,000. Selain Habib, Jakel pun ada menaja dan banyak lagi.

    Sementara itu, Riena turut berkongsi mengenai peribadi menantunya yang pandai memikat hati Syasya.

    Nasrullah anak yang baik, dia pun datang daripada keluarga yang baik-baik juga. Dia hormat orang tua selain pandai mengambil hati Syasya dan keluarga. Sebab itu Syasya jatuh cinta lebih, sanggup tinggalkan semua (Dolla).

    @official Semoga mereka kekal hingga jannah ?# #fyp #news #dolla #syasya #ibu ? original sound – OHBULAN!

    Imbas kembali, pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla dan difahamkan keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.

    Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri. Hal itu, susulan foto pernikahan Syasya dan suami tersebar di media sosial.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Tang Guo Dedah Pernah Ambil Masa Tiga Minggu Hasilkan Konten Video Berdurasi 4 Minit
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts