Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pramatang, Alami Pendarahan Ketika Usia Kandungan...

    [VIDEO] Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pramatang, Alami Pendarahan Ketika Usia Kandungan 30 Minggu – ‘Saya Duduk Dalam Labour Room Empat Hari’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal berkongsi detik cemas mengenai dirinya yang hampir melahirkan bayi pramatang di TikTok.

    Hampir lahirkan bayi pramatang

    @syasya.rzlHope everything goes well till D-Day amin ??? Any tips untuk permudahkan proses bersalin ?? sonido original – SONIDOS LARGOS

    Menerusi perkongsian yang dibuat, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal memaklumkan dirinya hampir melahirkan bayi pramatang selepas mengalami pendarahan sewaktu usia kandungannya baru sahaja berusia 30 minggu.

    Saya ada satu pengalaman yang berlaku sewaktu saya baru mengandung selama 30 minggu dan hampir-hampir nak melahirkan bayi pramatang.

    Masa kejadian, suami saya tengah kemas barang baby dan tiba-tiba saya rasa basah dan bila saya pegang rupanya ada darah tapi tak rasa sakit pun.

    Saya tertanya, ‘Adakah ini normal?’. Waktu itu jam dah pukul 12 malam dan waktu itu juga kami pergi ke hospital.

    Setibanya di hospital, doktor memaklumkan Syasya mungkin melahirkan bayi pramatang kerana berlakunya kontraksi yang tidak teratur setiap 10 minit.

    Sampai saja di sana, saya dah ada kontraksi yang tak teratur dan selang 10 minit saja ada kontraksi tersebut.

    Doktor pun macam dah risau dan kata saya mungkin akan melahirkan dalam sehari dua. Saya pun macam terkejutlah sebab kandungan baru 30 minggu dan 1.3 kilogram tak silap.

    Doktor kata kalau terberanak, baby kena masuk NICU. Waktu itu saya macam sedih sangat sebab saya takut apa-apa berlaku.

    Kalau dia lahir waktu itu akan jadi pra matang dan kalau kontraksi pun makin kerap berlaku, baby akan terpaksa dilahirkan.

    Duduk labor room empat hari

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ? SYASYA RIZAL ? (@syasya.rzl)

    Tambah Syasya, dia juga terpaksa duduk di bilik pembedahan selama empat hari bagi tujuan pemeriksaan doktor.

    Jadi, terpaksalah saya duduk dekat labor room dalam empat hari tak silap saya untuk doktor pantau dan nak periksa jantung baby

    Masa itu saya tak fikir banyak, saya cuma doa dekat Allah supaya baby saya tak keluar lagi.

    Sebab kalau dia keluar mungkin dia tak boleh survive dekat dunia luar, saya harap dia boleh tunggu sampai waktu sepatutnya dia keluar.

    Bercerita mengenai keadaan di bilik bedah, penyanyi berusia 23 tahun ini memaklumkan dirinya mengamalkan doa Nabi Yunus bagi membantu memudahkan urusannya.

    ALSO READ:  Eira Syazira Sedar Hamil Anak Ketiga Masa Usia Tujuh Bulan, Berlaku Pendarahan Sebab Aktif ‘Boxing’

    Selepas beberapa hari, Syasya kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor.

    Setiap kali kontraksi datang dan saya dekat labor room tak buat apa, saya akan baca doa Nabi Yunus tak henti-henti.

    Saya rajin cakap dengan baby dalam perut, ulang-ulang saya cakap dengan baby sambil usap perut.

    Selepas itu, doktor benarkan saya balik tapi masih kena makan ubat sebab saya masih ada pendarahan dan tak tahu pendarahan itu datang dari mana.

    Bila dah datang untuk pemeriksaan semula, Alhamdulillah semuanya dah okay, tak ada pendarahan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Syasya selepas ini dipermudah.

    Terdahulu, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi.

    Syasya kemudiannya melangsungkan majlis pernikahan dengan Nasrullah dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts