Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Dahsyat Betul, Tak Sampai Sebulan Dah Nampak Hasilnya Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anis.pana yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 368 ribu, tanda suka sebanyak 9,049 dan sebanyak 648 perkongsian.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai makanan yang diambil Shaheizy Sam ketika dalam fasa diet.
Diet cara Sam | nasi brown rice | TikTok
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Shaheizy Sam mempunyai mental yang sangat kuat dan disiplin yang tinggi apabila di dalam aspek diet.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?