Pasangan selebriti yang terkenal, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mula dikenali dalam industri lakonan pada tahun 2012 dan telah mendapat pengiktirafan dalam kalangan ramai kerana bakat lakonannya dan kecantikannya.
Syatilla sering berkongsi video bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di Instagram dan TikTok. Beliau dikenali dengan sikapnya yang kekal ceria bersama keluarganya yang sering menghiburkan peminatnya.
“Ni Kalau Nyanyi Tengah Hujan Lagi Feel Teroks”
Nedofi video yang dimuat naik di TikTok oleh @mamanaktiga telah menjadi tular dan mendapat perhatian ramai. Video tersebut telah ditonton sebanyak 37 ribu kali, mendapat 1642 tanda suka dan menerima 20 komen.
Dalam video tersebut, Syatilla Melvin dan adiknya sedang melakukan lipsync lagu ‘My Heart Will Go On’ oleh Celine Dion. Mereka kelihatan menghayati lagu tersebut sehingga melakukan pelbagai reaksi yang menarik.
@mamanaktiga Tilla pnya semangat mcm dok ataoh kapal titanic nuu..🤣🤣#fyp #syatillamelvin #syafiqamelvin #syidamelvin #melveenamelvin #syifamelvin #adikberadikthemelvin #adikberadikthemelvin
Ramai netizen meninggalkan komen yang mengatakan bahawa mereka terhibur dengan aksi lucu adik-beradik itu. Mereka juga mengatakan bahawa seolah-olah mereka sungguh-sungguh menghayati lagu tersebut walaupun hanya dengan lipsync.
“Kipas bagi tudung terbang, hahaha real”
“Elok nyanyi masa main hujan dengan Mummy tu”
“Dia nyanyi sampai tengah laut dah”-kata mereka
Apa pendapat anda?