Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Sama Dengan Saya. Anak Duk Ketuk Terus Jahanam Tv Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anis.pana yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta, tanda suka sebanyak 96 ribu dan sebanyak 165 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang menjawab pertanyaan dari peminatnya, mengapa dia meletakkan televisyen di tempat yang tinggi seperti di kedai mamak.
@anis.pana Kenapa tv Tilla dekat atas
♬ original sound – Anispana – Anispana
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan perkara yang sama apabila pertama kali membeli televisyen namun telah rosak akibat diketuk oleh anak-anak.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?