Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi tentang kebaikan seorang wanita yang telah membantunya.
Bantuan datang tanpa diduga
@samtilla82 Aku nak jumpak makcik tol tadi tu!!!!!!!!
? original sound – Nadya Mahdi – Nadya Mahdi
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin memberitahu dia perlu memandu sendiri kenderaan untuk ke pejabat.
Hari ni tak tahulah dugaan apa dalam hidup aku, pergi pejabat seorang. Asalnya nak naik Grab sahaja datang pejabat tapi bawa kereta sendiri.
Kereta tak ada minyak, kemudian pergi isi minyak. Sepatutnya pam aku nombor empat dan aku guna aplikasi Settle tapi aku tertekan pam nombor tiga.
Tak pasal-pasal orang tu dapat minyak percuma, tak mengapalah aku halalkan.
Bercerita lanjut, isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu kemudian berdepan pula dengan situasi yang tidak diingini semasa mahu membayar tol. Syatilla mendapati baki di dalam kadnya tidak mencukupi.
Bagaimanapun, seorang wanita yang dipercayai pekerja di plaza tol berkenaan telah membantu aktres berusia 33 tahun tersebut.
Masuk tol, kad Touch & Go tak cukup duit. Dah sampai dekat tol Bukit Jelutong, tak ada duit cash.
Aku doakan mak cik yang buka gate untuk aku dekat tol tu dimurahkan rezeki, dipermudahkan hidup dia sampai bila-bila insya-Allah.
Bayangkan sepatutnya dalam 15 minit pergi pejabat, tapi jadi sejam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan bantuan wanita tersebut adalah balasan baik kepada Syatilla selepas dia bersedekah.
Dia sedekah minyak, dapat pertolongan daripada orang lain.
On the spot tuhan balas kebaikan dia.
Syatilla sedekah minyak, mak cik tadi Allah dah gerakkan hati untuk tolong.
Alhamdulillah. Allah sayang hamba-hambaNya. Halalkan minyak pada orang, orang lain pula bantu.