Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi cabarannya bersama Ahli Parlimen Muar, iaitu Syed Saddiq untuk mendaki Gunung Kinabali dengan berpakaian Baju Melayu dan Baju Kurung.
Bella, menerusi hantaran di Instagram, turut menyifatkan cabaran yang bakal dilakukan dengan Syed Saddiq itu adalah cabaran yang gila disebabkan pemakaian tradisional ketika mendaki gunung.
“Cabaran gila i think? So kami dua orang akan panjat gunung pakai baju melayu/ baju kurung! Phew.
P/s: semalam sudahlah bawa orang berjalan 7km harini naik gunung pulaaaa dah.”-kongsi Bella di Instagram
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Syed Saddiq menerusi Insta Stories, sempat memaparkan perjalanan mereka ketika mendaki dengan menggayakan baju melayu berwarna koko, manakala Bella dilihat menggayakan baju kurung bercorak ‘floral’.
“Mont Kinabalu versi baju melayu.”-kapsyen Syed Saddiq di Insta Stories
Netizen Teruja!
Perkongsian Syed Saddiq dan Bella Astillah mencetuskan rasa teruja netizen melihat gelagat mereka berdua, malah ramai yang sempat menitipkan doa agar mereka dijodohkan bersama.
“Tak paham. Apa ni? Cuba kahwin.”
“Tolong jangan lama-lama sangat. Penat sidah jadi gila senyum sorang-sorang ni.”
“Letih la 10 kali ulang-ulang sebab cute sangat.”
“Moga ada jodoh Bella YB.”
“Apeni komen suka buat phone kami bersemut sebab manis sangat tengok ni.”
“Sesuai sanhat. Macam ada iras-iras. Semoga ada jodoh. Syed pun boleh nampak dari raut wajah, penyayang dan ada sikap pelindung.”
Jika dah jodoh tidak ke mana bukan? Apa komen anda?