Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Syedot ASMR Mengaku Silap Sendiri, Minta Liana Muat Naik Video Penjelasan...

    [VIDEO] Syedot ASMR Mengaku Silap Sendiri, Minta Liana Muat Naik Video Penjelasan – ‘Janganlah Meleret Berhari-Hari’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    YouTuber Mukbang yang dikenali sebagai Syedot ASMR memaklumkan bahawa dia tidak memarahi Liana yang memuat naik video penjelasan bagi membersihkan namanya di hantaran TikTok, baru-baru ini.

    Tak mahu panjangkan isu

    @brocollicumil_ ???? #viral #fyp #syedot #lianabeepbeep ? original sound – ?

    Menerusi potongan video yang dimuat naik @brocollicumil_, Syedot mendakwa dirinya yang meminta Liana untuk memuat naik video bagi membersihkan nama wanita tersebut.

    Namun, kemudiannya, pempengaruh itu meminta  Liana untuk memadam hantaran tersebut dalam tempoh 24 jam.

    Sebenarnya, selepas kejadian itu aku minta Cikidot Channel untuk ‘private’ kan video dalam masa 24 jam.

    Dalam masa yang sama, aku pun minta Liana untuk video pencerahan (bersihkan nama dia) dan dalam masa 24 jam juga, aku minta padam video itu.

    Aku bagi dia untuk bersihkan nama dia dan aku bagi dia untuk letak apa-apa dalam video itu sebab memang salah aku.

    Aku yang bercerita pasal solat Istikharah dalam podcast itu walaupun aku tak sebut nama. Memang silap aku sebab bagi hint dan ciri-ciri yang jelas menunjukkan siapa orang itu, memang salah aku.

    Menurut Syedot, dia meminta Liana untuk berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan memandangkan nama baiknya sebagai seorang pempengaruh sudah buruk di mata wargamaya.

    Cuma, lepas dia dah bersihkan nama dia, semua orang dah hentam aku balik dan nama aku pun dah kotor, sampai situ sajalah. Janganlah meleret sampai berhari-hari.

    Walaupun sebenarnya aku boleh ‘counter’ balik video dia itu, tapi aku tak nak.

    Tapi sekarang ini, Liana anggap aku ugut dia sebab perkataan ‘counter’ itu. Aku sebenarnya tak nak benda ini ‘drag’ saja dan habis dalam masa 24 jam juga.

    Aku tak nak keruhkan lagi keadaan. Sebab kalau aku buat lagi video, bertambah-tambah video dan benda itu akan jadi teruk. Lagi-lagi netizen dan media, diorang lagi suka melaga-lagakan.

    Terdahulu, Syedot berkata dia pernah menyimpan perasaan terhadap Liana dan seakan memberi bayangan Liana itu adalah jodohnya menerusi sesi podcast bersama Cikidot Channel.

    ALSO READ:  Marissa Dania Disifatkan Sebagai Penyondol, Abby Abadi Berpendapat - 'Dia Harus Bertanggungjawab untuk Tindakannya'

    YouTuber itu juga berkata mereka sering keluar bersama dan kedua-dua mereka sangat serasi bersama.

    Meskipun YouTuber itu tidak menyebut nama Liana dalam podcast tersebut, namun ciri-ciri yang dinyatakan olehnya sangat jelas menunjukkan ianya Liana.

    Tidak berdiam diri, Liana kemudiannya mendedahkan segala bukti berkenaan Syedot termasuklah perbualan mereka di aplikasi WhatsApp yang jelas menunjukkan Liana menolak cintanya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts