Usahawan dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin memaklumkan dirinya kini hamil anak kedua selepas melahirkan cahaya mata pertama pada September tahun lalu.
Artikel berkaitan: ‘Hang Pun Kena Tipu Dengan Depa, Lepas Tu Mai Buat Cekang’ – Syifa Melvin
Artikel berkaitan: ‘Memang Kekok, Stress, Menitis Air Mata Beberapa Kali’ – Syifa Melvin Akui Kehidupan Berubah Selepas Bergelar Ibu
Kejutan buat suami
Menerusi hantaran di TikTok, Syifa dilihat membuat kejutan kepada suaminya, Safawi Rasid yang juga pemain bola sepak kebangsaan tentang kehamilannya.
Di dalam video tersebut, Safawi diminta menutup mata sebelum Syifa menunjukkan keputusan positif hasil daripada ujian kehamilan.
Tidak dapat menahan sebak, Safawi yang gembira dengan berita tersebut diilihat memeluk erat tubuh Syifa.
Mashaallah! Tuan badan (Safawi) dah bagi greenlight untuk post, aku masih mixed feeling tengok video ni.
Saif (anak sulung) nanti dah besar tengok lah video ni.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira dengan berita kehamilan Syifa dan terhibur dengan reaksi Safawi.
Congrats both of you.
Tak tahu nak gelak ke happy tengok reaction Pawi (Safawi).
Reaction terkejut paling laju bang.
Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi pada 28 November 2022 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Saif Sulaiman yang kini baru berusia lapan bulan.