Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Syura Nafi Diri ‘Terpaling Baik’, Tak Buat Laporan Polis Sebab Suami...

    [VIDEO] Syura Nafi Diri ‘Terpaling Baik’, Tak Buat Laporan Polis Sebab Suami Dah Reda – ‘Itu Adalah Kemalangan & Bukan Disengajakan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Syura Badron menepis tuduhan kononnya dia berlagak baik hanya kerana tidak membuat laporan polis susulan insiden tong gas meletup di rumah penginapan sehingga mengakibatkan suaminya cedera.

    Syura beri penjelasan

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Syura menjelaskan bahawa segala keputusan yang dibuat itu adalah hasil perbincangannya dengan suami, Muhammad Farizat.

    Sebelum apa-apa keputusan saya buat, saya tanya suami dulu. Bukan saya pandai-pandai buat keputusan tu. Saya pergi dekat suami, tanya ‘macam mana dengan pemilik homestay, nak ambil apa-apa tindakan ke?’, dia jawab ‘Its ok sayang, saya dah reda, apa yang berlaku ni kemalangan dan bukan sesuatu yang disengajakan’.

    Tambah Syura lagi, tidak adil bagi mereka untuk menuding jari kepada pemilik rumah penginapan tersebut sedangkan apa yang berlaku itu adalah satu kemalangan.

    Tak adil untuk kami menuding jari dekat pemilik homestay, saya nampak usaha dia datang melawat suami dan minta maaf.

    Dalam pada itu, Syura mengakui insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada dirinya sendiri dan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.

    Musibah Allah nak bagi ni dekat mana-mana je. Disebabkan kejadian ini juga kita semua dah dapat ilmu baru tentang penjagaan dan keselamatan untuk suri rumah di dapur. Banyak sangat hikmah yang saya dapat daripada insiden ini.

    Kami terima qada dan qadar’ yang Allah beri, semua orang ada ujian masing-masing.

    Oleh hal demikian, Syura berharap agar orang ramai menghormati dan berhenti mempersoalkan keputusannya dengan suami sebaliknya mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

    Video

    @syurabadron86 Replying to @CLASSYGLAMM ? La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

    ALSO READ:  Bomba Jumpa Mayat Lelaki Di Sekitar Jambatan Sungai Klang

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts