Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Tabiat Siti Nurhaliza Yang Ramai Tak Tahu!-“Saya Suka Duduk Lama Dekat...

    [VIDEO] Tabiat Siti Nurhaliza Yang Ramai Tak Tahu!-“Saya Suka Duduk Lama Dekat Farmasi Dan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Saya Pun Sama, Suami Sampai Taknak Ikut Sebab Lama Sangat”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizxafan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 8,660 , tanda suka sebanyak 225 dan sebanyak 10 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang memberitahu bahawa beliau sememangnya seorang yang teliti apabila membeli sesuatu barangan terutamanya alat solek dan amat suka duduk lama di suatu tempat ketika membeli belah.

    “Saya kalau beli barang kan saya akan tengok hujung, depan, apa bagusnya produk ni kan. Hantar saya duduk dekat tempat kosmetik saya akan duduk berjam-jam saya belek satu per satu, dan juga saya juga orang yang boleh duduk dekat farmasi lama-lama dan itu adalah terapi saya”-Kata Tokti

    @sitinurhalizafan

    DS Siti Nurhaliza Suka Belek Dulu Barang Sebelum Beli ❤️

    ♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga begitu sehinggakan suami tidak mahu lagi teman membeli-belah kerana mengambil masa yang agak lama.

    ALSO READ:  Ditawarkan Buah Pinggang oleh Tiga Individu, Ebby Yus Perjelaskan Mengapa Dia Menolak!

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts