Pasangan pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson yang kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka yang kedua mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
‘Baby girl’
View this post on Instagram
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Zahirah menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Aiman menyalakan suar sambil diperhatikan Zahirah yang ketika itu sedang mendukung anak pertamanya, Isaac Raees.
Dapat dilihat, suar yang dinyalakan itu mengeluarkan kepulan asap berwarna merah jambu menandakan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.
Rata-rata rakan-rakan serta kenalan rapat yang turut berada di majlis tersebut turut teruja melihat kepulan asap berwarna merah jambut itu.
Hantaran tersebut turut meraih perhatian netizen dan rakan artis yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pelakon itu.
Terdahulu, Aiman meluahkan rasa syukurnya apabila dia dan Zahirah bakal menimang cahaya mata selepas melakukan pemeriksaan bersama doktor pada Disember tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Aiman tidak mendedahkan usia kandungan isterinya itu.
Sekadar info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees, 3, dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.