Acara kemuncak Miss & Mister Celebrity International 2024 yang berlangsung di Kim Centre Dong Nai, Vietnam, semalam, menyaksikan peserta Miss Celebrity dari Malaysia iaitu Marsha berjaya meraih tempat kedua, Tahniah!
Artikel berkaitan: Miss Grand International Malaysia Bawa 7 Puteri ‘Ulek Mayang’ Naik Pentas Malam Ini!
Tahniah!
Acara yang berlangsung pada pukul 8 malam itu menyakiskan Marsha dan Hafiz layak ke pusingan Top 15 selepas memperagakan swimsuit. Kemudian mereka perlu menggayakan busana evening gown untuk meloloskan diri ke babak selanjutnya.
Ternyata rezeki hanya berpihak kepada Marsha sahaja apabila namanya diumumkan mara ke babak Top 5.
Di pusingan Top 5 iaitu soal jawab, Marsha dilihat sangat konfiden ketika memberi jawapan dan sekali gus mara ke babak terakhir iaitu Top 3.
Di pusingan terakhir pula, mereka sekali lagi diuji dengan kemahiran menjawab soalan. Kali ini, kesemua peserta diberikan soalan yang sama. Mereka perlu memberi jawapan yang terbaik untuk merebut gelaran pemenang.
Pusingan tersebut ternyata membawa tuah kepada peserta dari Cuba iaitu Marian Pirez Sierra apabila dia dinobatkan sebagai pemenang Miss Celebrity International 2024. Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Loas iaitu Soutdala Sylavong.
Bagi kategori Mister, Jonathan Torres dari Dominican Republic dinobatkan sebagai pemenang. Manakala, Pak Papungkorn (Thailand) meraih tempat kedua dan Bryan dari (China) mendapat tempat ketiga.
Video
View this post on Instagram