Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Tahu Tak Kau Dapat Bekas Je’ – Suzana Ghazali Hairan Wanita...

    [VIDEO] ‘Tahu Tak Kau Dapat Bekas Je’ – Suzana Ghazali Hairan Wanita Bangga Buat Pengakuan Jadi ‘Kekasih Gelap’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini tular tentang seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine membuat pengakuan bahawa dia merupakan kekasih gelap kepada penyanyi sensasi, Aliff Aziz.

    Artikel berkaitan: ‘Saya Kekasih Kepada Aliff Aziz Sejak Januari 2024’ – Wanita ‘Spill The Tea’, Kongsi Video Cium Pipi

    Artikel berkaitan: Individu Dakwa Diri Bekas ‘Skandal’ Aliff Aziz Dedah Banyak Guna Kod Rahsia Ketika Bermesej – ‘Dia Takut Kantoi Dengan Bella’

    Bangga jadi perosak rumah tangga

    Menerusi perkongsian di TikTok Mingguan Wanita, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali hairan dengan sikap wanita yang bangga menjadi perosak rumah tangga pasangan suami isteri.

    Saya tengok media sosial terjumpa pula pengakuan seorang perempuan yang katanya dia adalah kekasih gelap kepada seseorang.

    Tak tahu lah apa nak jadi dengan dunia hari ini. Kalau dulu, contoh lah perempuan tu dia tersuka dekat mana-mana lelaki terutamanya suami orang dia akan diam tutup rapat seboleh-bolehnya elak.

    Menurutnya, wanita zaman sekarang seperti tidak mempunyai harga diri kerana menjaja cerita yang tidak sedap untuk didengar.

    Tapi dalam dunia hari ini seolah-olah ramai wanita yang tak kisah tentang harga diri sendiri. Tak kisah tentang maruah diri sendiri. Mungkin bangga sebab berjaya menjadi perebut ataupun istilah hari ini dikatakan penyondol.

    Ya memang bukan semua mereka yang kacau rumah tangga tu penyondol, kalau ikutkan kepada hakikat bukan semua tapi realitinya kalau contohnya anda berbangga ‘ya akulah kekasih gelapnya’ lepas tu pula duk bergaduh pula geng-geng penyondol ni.

    Jaga adab berkongsi kasih

    Sementara itu, Suzana mengingatkan kepada golongan ‘penyondol’ ini bahawa mereka hanya mendapat ‘sisa’ daripada suami orang lain.

    ALSO READ:  [GIVEAWAY] Menangi Tiket Ke Konsert Futureland 2024 Pada 23 November Ini!

    Dalam pada itu, dia menegaskan para wanita perlu menjaga adab sekiranya memilih jalan untuk berpoligami.

    Eh kau tau tak dia ada bini? Kalau kau dekat tempat dia apa kau rasa? Bangga kerana menjadi pilihan lelaki yang dah beristeri. Kau tahu tak kau dapat bekas je nak bangga apa? Dapat sisa-sisa bini dia, kau bangga? Fikirlah sikit. Kepala otak jangan letak dekat lutut.

    Perempuan ni kita ada harga diri walaupun poligami dibenarkan dalam Islam tapi adab tu kena jaga. Lelaki yang anda nak pilih buat suami tu pun ada kena tengok betul-betul dan adab anda tampil di khalayak ketika anda nak berkongsi kasih tu kena jaga. Bukan bangga jadi penyondol. Nanti orang kata kau ba alif ba ya kau marah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts