Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Tak Ada Buku Yang Boleh Beritahu Kita Bahawa Ini Adalah Panduan...

    [VIDEO] ‘Tak Ada Buku Yang Boleh Beritahu Kita Bahawa Ini Adalah Panduan Kebahagiaan Rumah Tangga’ – Marlia Musa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    marlia marlia

    Isteri kepada maestro negara, Datuk M.Nasir iaitu Datin Marlia Musa berkongsi tentang asam garam kehidupan berumah tangga.

    Tiada formula dalam rumah tangga

    @mingguanwanita

    Ada benarnya kata-kata Datin Marlia Musa mengenai beza rumahtangga orang dahulu dengan sekarang. Banyak faktor luaran dan dalaman mempengaruhi sesebuah institusi perkahwinan ni. Untung Datin Marlia bersuamikan seorang seniman sehebat Dato M.Nasir. Mingguan Wanita sempat mengorek kissh lucu pasangan ini melayari bahtera perkahwinan yang memasuki angka 24 tahun ini. Alhamdulillah #mingguanwanita

    ? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

    Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Marlia mendedahkan sikap M.Nasir yang tidak berubah semenjak mereka berkahwin.

    Namun, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berkata ia hanyalah perkara kecil jika hendak dibandingkan dengan sikap toleransi yang ditonjolkan komposer terkenal itu.

    Benda mudah, tiap-tiap hari suruh tutup ubat gigi lepas pakai tapi tak tutup. 24 tahun benda sama tak berubah.

    Tapi saya rasa itu sedikit sahaja berbanding dia yang kena terima saya. Banyak lagi yang dia kena toleransi dengan perangai saya.

    Justeru, pelakon berusia 55 tahun ini berpendapat bahawa setiap pasangan suami isteri perlu saling memahami dan menerima pasangan masing-masing kerana perkahwinan adalah sebuah proses.

    Tapi Alhamdulillah ia bukan satu proses yang senang. Tak ada satu buku yang boleh bagitahu kita’ ini adalah panduan kebahagiaan rumah tangga’.

    Khatam satu buku pun kita belum jumpa lagi satu formula. Ianya adalah tentang manusia, tentang dua orang yang hidup bersama. Saya kena toleransi dengan dia, dia kena toleransi dengan saya.

    Ia adalah cara kita berkomunikasi dengan pasangan, macam mana kita saling menerima.

    Dalam pada itu, Marlia turut berkongsi tentang cara pemikiran suaminya yang dilihat sangat kuat menghadapi setiap masalah.

    Datuk ni dia adalah orang yang kalau semalam tak okay, hari ini jangan fikir dah. Jalan sahaja hari ini.

    Tapi kalau perempuan, kita rasa susah sangat mesti kita nak bawa rasa sakit tu sepanjang hidup dan nak ungkit balik.

    Saya mungkin tak boleh jadi sekuat dia, dengan mentalnya yang kuat begitu..tapi saya rasa betul juga. Kalau bawa sakit semalam, lama-lama kita pula yang sakit. Jadi lebih baik lupakan sahaja.

    Untuk info, Marlia dan M.Nasir mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.

    ALSO READ:  Rozita Che Wan Bersyukur Akun Instagramnya Dapat Dikembalikan - Pengalaman Naik Turun Ke Pejabat SKMM Berbaloi

    Terdahulu, M.Nasir pernah mendirikan rumah tangga bersama Junaidah dan dikurniakan lima orang anak sebelum suri hatinya itu meninggal dunia pada 1998.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts