Lemah kalau bapa jaga anak?
Menurut Dr Say, baru-baru ini, dia membawa ketiga-tiga anaknya untuk bermain di kawasan tersebut. Tambah Dr Say, kebetulan pada malam itu isterinya sedang bekerja. Ujar Dr Say lagi, waktu sebegitulah merupakan peluang yang terbaik buatnya untuk mendidik, berinteraksi dan meluangkan masa bersama anak. Namun begitu, anak keduanya iaitu Sefriel menerima soalan yang tidak disangka daripada seorang peniaga di kawasan tersebut.
Lemah ke kalau bapa jaga anak? Semalam malam saya bawa tiga anak lelaki saya main dekat Dataran Merdeka. Habis main, saya beli air daripada seorang mak cik ni lepas tu dia tanya ‘tak ada anak perempuan ke?’. Saya dah rasa macam salah bual mak cik ni tapi saya senyum dan jawab ‘tak ada, semua laki’. Lepas tu saya nampak mak cik tu tanya Sefriel sesuatu dan anak saya jawab ‘work’.
Bila saya tanya apa yang mak cik itu tanya, Sef jawab ‘aunty ask where is mommy?’. Terduduk saya dibuat mak cik tu. Tak tahu sama ada dia fikir ‘mana pergi isteri dia?’. Takkan dia biar suami dia bawak semua anak ni sorang-sorang? Atau dia fikir ‘hot single dad beranak tiga ni’ atau dia hanya bertanya kosong tanpa sebarang niat. Tapi bagi saya soalan mak cik agak bawang di situ.
Pernah suruh isteri berhenti kerja
View this post on Instagram
Berbicara lebih lanjut, Dr Say akui dia terimbau kes pembantu rumah membawa masuk lelaki ke dalam rumahnya tempoh hari. Ujar Dr Say, ramai yang mempertikaikan keputusannya kerana membiarkan isteri pergi bekerja.
Jelas Dr Say, dia pernah menyuruh Dr Azura berhenti kerja sewaktu mengandung dan sambung pengajian. Namun, isterinya lebih suka bekerja dan mempunyai wang sendiri.
Tak boleh ke seorang bapa jaga anaknya sendiri? In fact saya suka gila bila bini saya kerja sebab ini jelah masa saya dapat bonding rapat, ketat dengan anak-anak saya. Bila bini kat rumah, buatlah macam mana pun, saya takkan berjaya lawan kasih sayang anak-anak kepada mommy. Saya nak juga “rasa diingini”, dipanggil berbelas kali “daddy dadddy daddy”. Jadi bila bini oncall, saya akan bond elok-elok dengan mereka pergi jalan-jalan dalam kereta ke, beli groceries ke sebab best kadang mereka nak daddy instead of mommy.
Satu lagi bila ada mommy, mesti mommy akan “biarlah diorang tidur lambat esok diorang cuti” walhal saya suka diorang ada rutin tidur awal maka saya boleh jadi strict dan diorang tak ada mommy to fall back to.
Saya pernah suruh bini berhenti kerja sebab masa tu dia pregnant dan tengah sambung Master. Saya bagi dia nafkah RM8,000 tiap-tiap bulan tapi habis pantang dia cakap dia nak kerja balik sebab dia suka ada her “own money” dan gajinya selama ni banyak diberi dekat parents dia jadi bila duit yang saya beri kepadanya diberi kepada parentsnya buat dia rasa bersalah. In a nutshell, sekarang 2025 dah cik, bukan 1885 yang mana wanita ramai berpendidikan dan bekerjaya sama juga dengan ramai lelaki yang boleh jaga anak yet bekerjaya. Harap soalan makcik sebenarnya yang “hot gila single dad beranak 3” lah ye?